Friday, August 14, 2009

virus melanda

berita terbaru...korban H1N1 dah meningkat kepada 51 orang berbanding 44 orang semalam...orang2 kat ofis aku pun semua nya dah lemau semacam. ada yang batuk..ada yang sengal2 badan, ada yang bersin dan ada yang sengal2 alam. penangan virus ni memang tak tau la nak ckap apa...mungkin ada sesetengah individu ni kalah dengan mainan psikologi. oleh sebab risau sangat dengan virus...so tiap2 hari pun risau. tambah plak dengan simptom2 seperti batuk dan acccchuuummmm!! bergegas lah kita semua membeli topeng menutup edong! so untuk kepastian dan langkah berjaga-jaga, pergi je lah buat pemeriksaan kesihatan kat klinik2 yang berdekatan...lebih baek mencegah dari mengubati..ehehehe..sesuai tak?? (cam takda kena mengena poonn)

tapi jumlah korban yang semakin mendadak naik tu..merisaukan lah! ini virus..bukan bakteria..so? tahukah anda perbezaan antara virus dan bakteria? oleh kerana kini kita boleh google apa saja...inilah antara info : Bakteria VS Virus

Bakteria : Bacteria is plural for Bacterium. A bacterium is a microbe (a microscopic single cell organism) that can be found virtually anywhere, they are in air, the soil, and water, and in and on plants and animals.

manakala

Virus : Viruses are the simplest and tiniest of microbes. They can be as much as 10,000 times smaller than Bacteria. Viruses consist of a small collection of genetic material (DNA or RNA) encased in a protective coat called a capsid.

When viruses come into contact with the host cells, they trigger the cells to engulf them and connect themselves so they can release their DNA into the cell. Once a host cell, viruses take over its machinery to reproduce. Once this occurs, the Virus then overrides the host cell's normal functions with their own set of instructions which shut down the production of the host's proteins and direct the cell to produce viral proteins to make new virus particles. Some viruses insert their genetic material into the host cell's DNA, where they begin directing the copying of their genes or simply lie asleep for years or a lifetime. Either way, the host cell does all the actual work, the viruses simply provide the instructions.

ok..kalu tak brapa nak faham maksudnya..sila lah rujuk kepada kak eton. dia merupakan pakar dalam bahasa english. malangnya, beliau turut kelihatan agak kurang aktif hari ini...

erm..bakteria ni sebenarnya ada bakteria BAIK dan JAHAT...contoh bakteria baik ialah, digunakan untuk membuat vitamin, break down garbage and maintain our atmosphere. kalo nak tau...dalam mulut manusia ada lebih 500 spesis bakteria...jadi kena pandai2 la soh bakteria jahat tu jadi baik...eeheheh

virus pulak..baca sendiri..paham sendiri..lu pike la sendiri...

Thursday, August 13, 2009

ketupat



macam ketupat tak? hhahaha...dah la nak raya ni kan....adoihai...rasa nak balik la...ogy suruh balik..tapi kitorang tanak...nanti bos marah...eh..melalut plak...bye...

RUANG dalam kenangan

Gaya Inggeris Makin Diminati

Teks KEMBANG

Gaya Inggeris untuk hiasan dan dekorasi menatahias kediaman kekal diminati dan tetap menjadi pilihan walaupun kini terdapatnya pelbagai rekaan hiasan dalaman bergaya moden. Ini mungkin disebabkan pengaruh rekabentuk dan pesona hiasan dalamannya lebih ringkas, tetapi boleh memenuhi gaya hidup untuk bercitarasa tinggi.

Sebuah rumah teres dua tingkat di Putra Height, Puchong, Selangor, dimiliki Shamsidar Rahim amat menepati setiap ciri gaya Inggeris yang diinginkan. Ia dapat dilihat dengan jelas dari segi senibina rumah, ditambah lagi dengan kebijaksanaan pemilik menyusun atur perhiasan interior kediamannya.

Sudut ruang tamu Shamsidar melengkapinya dengan meletakkan empat buah sofa fabrik yang berlainan saiz, warna dan bentuknya. Ini agak menghairankan saya dan apabila ditanya sebab beliau membuat pilihan begini jawapan Shamsidar sungguh ringkas.

Katanya: “Ia memudahkan saya untuk menyesuaikan warna sofa dengan pelbagai jenis warna langsir. Saya boleh bertukar-tukar langsir dan tidak perlu bertukar-tukar sofa.”

Pilihan warna pada dinding, perabot dan fabrik bersesuaian juga merupakan antara elemen penting dalam penataan gaya Inggeris ini. Malah ia lebih lengkap lagi jika terdapat meterial lain seperti aksesori untuk ruang dan sudut tertentu.

Maka itu, Shamsidar memilih warna coklat lembut pada keseluruhan dinding dan warna putih pada siling. Penataan lampu pula Shamsidar amat menggemari keindahan Laura Ashley dan lampu jenis kristal berbentuk dedaun menjadi pilihannya. Kombinasi mantap diantara pilihan warna dinding dan penataan lampu kesuraman ini berjaya menghasilkan suasana redup dan romantis.

Ruang makan tetamu pula dihias agak bersahaja menampilkan set meja makan kayu buatan Itali, panjang dan mempunyai enam tempat duduk. Ruang ini nampak lebih ekslusif apabila pemiliknya mempamerkan hiasan seramik mini koleksi keluarga di dalam dinding bertutup kaca.

Sebuah perabot berukuran tiga kaki tinggi pula dipenuhi dengan potret dan gambar keluarga semasa menetap di negara Itali. Sebuah cermin besar terletak pada dinding bersebelahan meja makan berjaya membuatkan ruang ini nampak lebih luas.

Shamsidar seorang suri rumahtangga sepenuh masa banyak menghabiskan masa lapangnya dengan mengemas dan menyusun atur kediaman. Tetapi untuk hal-hal pemasangan elektrik pula diserahkan bulat-bulat kepada suaminya, Rashid Shamsudin.

Dua orang anak mereka, Akila Aina dan Mohammad Imran Saiful, turut membantu dan berminat bagi mencantikkan kediaman mereka yang berkeluasan 26x75 kaki persegi ini. Jika diteliti betul-betul saiz kediaman ini adalah satu saiz yang sangat jarang didengari kerana secara normalnya saiz untuk sesebuah rumah adalah seperti 20x70, 22x80 dan 16x 75. Mungkin ini merupakan salah satu keistimewaan kediaman yang didiami keluarga ini lebih setahun lalu.

Rumah memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air ini turut dilakukan pengubahsuaian pada bahagian belakang berhampiran dapur. Pada sudut ini dibina sebuah bilik kering dengan membuat binaan tambahan berhubung dengan dapur. Jadi, ruang dapur nampak lebih selesa dan luas.
**Petikan dari majalah aku bekerja dahulu. Sekarang aku menceburkan diri dalam syarikat multimedia.

Wednesday, August 12, 2009

testing lagi....







hari ini aku belajar menghias blog aku yang tak brapa nak lawa ni...hahahaha testing jap... kalu nak masuk blog keje aku sila klik di sini

Friday, August 7, 2009

sabar aya..

huh..ade sorang nih..ofis mate aku, aya nama die..atau nama pentasnye aya snooter..comel, cute orgnye..aduhai x abis2 paksa aku masukkan entri baru lam blog nih..x sabar2..tapi mmg kalu aku pon x leh nak sabar..kekadang dengar perkataan sabar pon blh buat aku hilang sabar..

Dah kebetulan ckp psl sabar ni kan..aku mmg x suka buat orang lain menunggu o menunggu aku..mmg la org selalu ckp.."sabarla..tunggu la kejap lagi..nant sampai la die tu.." eeee aku x boleh..aku x suke menunggu n aku jugak x suke buat org menunggu aku... contoh la kan kalu ade sesape yg sedang menunggu aku mmg die leh wat aku jd kelammmm sgt sbb aku x sabar2 nak sampai kat die.. mane x nye aku faham sgt perasaan org yg menunggu ni.. penat, marah, bengang sume ade..

Moralnye di sini aku cuma nak sampaikan kpd kalian sume kite hidup ni mest tepat pada masa..jangan menunggu masa o buat masa menunggu kite.. cau!! hah aya??puas ati??

Wednesday, July 29, 2009

fes tyme

fuh...fes tyme ni..nerves lak rase..tadi dalam kepala ade banyak benda nak cakap..tup2 sekarang ni cam terkelu lak..nant la nak set balik dalam otak ni apa yang nak dibincangkan untuk fes tyme mula bercakap nih..x kan terus nak noty2 kan..manje2 sket lu..ahahaha..

uh...dah sengah jam ni otak still kering..perlu ke nak basahkan ngn air?