Teks KEMBANG
Gaya Inggeris untuk hiasan dan dekorasi menatahias kediaman kekal diminati dan tetap menjadi pilihan walaupun kini terdapatnya pelbagai rekaan hiasan dalaman bergaya moden. Ini mungkin disebabkan pengaruh rekabentuk dan pesona hiasan dalamannya lebih ringkas, tetapi boleh memenuhi gaya hidup untuk bercitarasa tinggi.
Sebuah rumah teres dua tingkat di Putra Height, Puchong, Selangor, dimiliki Shamsidar Rahim amat menepati setiap ciri gaya Inggeris yang diinginkan. Ia dapat dilihat dengan jelas dari segi senibina rumah, ditambah lagi dengan kebijaksanaan pemilik menyusun atur perhiasan interior kediamannya.
Sudut ruang tamu Shamsidar melengkapinya dengan meletakkan empat buah sofa fabrik yang berlainan saiz, warna dan bentuknya. Ini agak menghairankan saya dan apabila ditanya sebab beliau membuat pilihan begini jawapan Shamsidar sungguh ringkas.
Katanya: “Ia memudahkan saya untuk menyesuaikan warna sofa dengan pelbagai jenis warna langsir. Saya boleh bertukar-tukar langsir dan tidak perlu bertukar-tukar sofa.”
Pilihan warna pada dinding, perabot dan fabrik bersesuaian juga merupakan antara elemen penting dalam penataan gaya Inggeris ini. Malah ia lebih lengkap lagi jika terdapat meterial lain seperti aksesori untuk ruang dan sudut tertentu.
Maka itu, Shamsidar memilih warna coklat lembut pada keseluruhan dinding dan warna putih pada siling. Penataan lampu pula Shamsidar amat menggemari keindahan Laura Ashley dan lampu jenis kristal berbentuk dedaun menjadi pilihannya. Kombinasi mantap diantara pilihan warna dinding dan penataan lampu kesuraman ini berjaya menghasilkan suasana redup dan romantis.
Ruang makan tetamu pula dihias agak bersahaja menampilkan set meja makan kayu buatan Itali, panjang dan mempunyai enam tempat duduk. Ruang ini nampak lebih ekslusif apabila pemiliknya mempamerkan hiasan seramik mini koleksi keluarga di dalam dinding bertutup kaca.
Sebuah perabot berukuran tiga kaki tinggi pula dipenuhi dengan potret dan gambar keluarga semasa menetap di negara Itali. Sebuah cermin besar terletak pada dinding bersebelahan meja makan berjaya membuatkan ruang ini nampak lebih luas.
Shamsidar seorang suri rumahtangga sepenuh masa banyak menghabiskan masa lapangnya dengan mengemas dan menyusun atur kediaman. Tetapi untuk hal-hal pemasangan elektrik pula diserahkan bulat-bulat kepada suaminya, Rashid Shamsudin.
Dua orang anak mereka, Akila Aina dan Mohammad Imran Saiful, turut membantu dan berminat bagi mencantikkan kediaman mereka yang berkeluasan 26x75 kaki persegi ini. Jika diteliti betul-betul saiz kediaman ini adalah satu saiz yang sangat jarang didengari kerana secara normalnya saiz untuk sesebuah rumah adalah seperti 20x70, 22x80 dan 16x 75. Mungkin ini merupakan salah satu keistimewaan kediaman yang didiami keluarga ini lebih setahun lalu.
Rumah memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air ini turut dilakukan pengubahsuaian pada bahagian belakang berhampiran dapur. Pada sudut ini dibina sebuah bilik kering dengan membuat binaan tambahan berhubung dengan dapur. Jadi, ruang dapur nampak lebih selesa dan luas.
**Petikan dari majalah aku bekerja dahulu. Sekarang aku menceburkan diri dalam syarikat multimedia.
5 comments:
wah..hebat btol la ogy...tak sangkaaa
cis..toilet rumah aku lagi cantik. tak payah hias pun.
tak payah letak minyak wangi sebab dah wangi.
betul-betul
eleh...semua nak jadi anony...ahaha..cokobi la besstt!hahah
saya lah tak kenal ke...
anak saudara sebelah nenek tiri kak ton.
penulis kontroversi dari mana yea..lupa
Post a Comment